Sunday, 30 September 2012

1 OKTOBER 2012 (15 Z'KAEDAH 1433)

Gambar kat atas edit sikit , haha this is not fake picture.
Assalamualaikum wbt dan salamsejahtera :)
Toing toing .. (hyper sat noh)
Harini tema baju warna putih , why ??
Putih suci sekali pandang kau tertarik memang de boom .. Joke :)
Jangan merepek Noraidiba , Final nak doket da ni .. Bilo laie engko nak main-main ..
Buat muslimin muslimat sekalian , doakan saya ya ..

  1. Belajar rajin-rajin dan sihat selalu
  2. Jadi anak yang solehah , yang selalu doakan kesejateraan kedua ibubapanya
  3. Muslimah yang terhebat and be happy with your self
  4.  Jangan nakal-nakal , jangan hypo-hypo
  5. Sentiasa sedar dengan kehidupan dunia yang akhir zaman

Bila kita buat sesuatu itu niat biarlah kerana Allah Taala dan balasan dariNya sahaja. 
Jangan sesekali kita mengharapkan balasan sesama manusia.
Orang buat jahat kita balas dengan kebaikan, TAU !!!  :)
Janganlah kita makan daging saudara kita sendiri (peringatan keras buat saya diri ini)
Agak-agak tidak boleh tahan apa orang telah buat kepada kita, mengadu kepadaNya, ambil wuduk, banyakkan selawat zikir dan solat sunat. (bagi yang berkemampuan)
Lastly ..  We have to be patient :) 

Sabar Diba Sabar <--- ayat itu selalu diberikan keluarga , kawan-kawan dan saudara mara .. (senang cerita semua orang yang saya sayanglah)

I LOVE YOU ALL .. Tidak kira tua muda , miskin kaya , ada rupa atau sebaliknya :)

 Wassalam <3

Saturday, 29 September 2012

Just Friends

Assalamualaikum kepada yang dikasihi ..
Niat berkawan , tidak pernah pula 'say more than friends'. 
Kenapa harus membuat Cik Noraidiba rasa bersalah ??
How to explain briefly with you ?? 

Please, take note --> If I wanna be serious with you, I will ..
Now I feeling guilty .. Oh Allah ..

Everything gonna be ok .. 
Please forgive me ..



Sunday, 23 September 2012

Cinta Muka Buku


Assalamualaikum wbt dan salamsejahtera kepada semua ..

  • Boleh percaya ke CMB(cinta muka buku) ??
  • Wujud ke CMB (cinta laman sesawang) ??
Pucuk pangkal , pendek cerita , end of story .. Jodoh Ajal Maut Allah saja yang Maha Mengetahui .. 
Tapi .. Tidak salah kita berusaha , da da jangan nak kecewa sangat dengan ayat saya tadi tu , huhu berdoalah , doa itu senjata orang Islam .. 
Allah amanahkan kita sebagai manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini .. Bukan merosakkan .. Renungan untuk kita semua :)
Wassalam ..


Thursday, 23 August 2012

SyawaL 2012/1433 Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua , izinkan saya untuk berkongsi Eid Mubarak bersama kalian .. Huu ayat nak skema saja kan , biasalah saya budak baru nak membesar (rimas asyik cakap budak2 je) oK OK tolong lupakan .. Sekarang nak bincang pasal syawal ni , eh eh apa pula bincang .. Nak kongsi ceritalah (kalut noh) ..

Mulalah dengan 1st syawal ..

6.30 - 8.00 : Masih di rumah , solat subuh , siap-siap pergi masjid *tengok tv sat , makan/minum sikit , duduk saja , huhu
8.00 - 9.55 kot : Gerak pergi masjid sepang tak silap , sampai masjid , solat sunat aidilfitri , alhamdulillah selesai , dengar khutbah , keluar masjid .. ada sorang pakcik hulur duit raya (ok rasa bahagia , haha)
9.55 - 10.30 : Jalan-jalan naik kereta cari lomang tapi tak jumpa (tutup lg sebenarnya) 
10.30 - 12.30 : Di rumah , kemas-kemas apa yang patut , yang best masa nak keluar pergi beli barang , salam ayah cakap 'selamat hari raya maaf zahir batin , maaf kan diba ya ayah.. maaf zahir .. eh eh bape kali maaf pula .. hee jap2' (semua gelak) tetiba ada satu suara 'diba nak jadi maharaja lawak tu gelak-gelak' ok pastu sambung balik cakap , ayah halalkan makan minum diba , doakan diba rajin-rajin belajar , jangan malas-malas da , huuu (ayah tersenggih-senggih je , sampai nak kuar air mata)
12.30-20.00 : Abg datang beraya , ok layan anak buah semua , ok buat biskut raya buat kek batik (raya pertama tak pergi mana-mana lagi)
20.00-22.30 : Hangout with my family at PD Waterfront (macam iCity jugalah, cuma kat sini tepi laut , huhu) ok pastu nak balik tu beli domino
22.30-00.30 kot : Sampai rumah , semua terbongkang *eh takde la , kami semua makan pizza , huhu ok layan tv dengan family tercinta .. Semua penat saya pon penat , semua tidur .. 
Takde apa yang special mana , tapi .. BEST BEST BEST dapat bersama keluarga ku syurga ku ..
Eid Mubarak kepada semua , Maafkan segala kesalahan dan kesilapan saya Noraidiba Binti Md Jidin ..

Wassalam <3
 



Friday, 13 July 2012

Kita hanya merancang , Allah yang tentukan segalanya


Assalamualaikum wbt sahabat yang dikasihi Allah Taala , semoga sahabat-sahabat ku sentiasa dalam baik-baik saja. Hasilkan senyuman dengan sesiapa sahaja mahupun orang itu sukai/tidak disukai dan dikenali/tidak dikenali.

Jodoh kita telah ditetapkan semasa dalam kandungan ibu 4 bulan . 
'Couple' before kahwin tidak semestinya itu jodoh kita.
Cinta after nikah , akan rasa kemanisan suami isteri itu dan juga mendapat barakah Allah Taala . Amin ya Rabb.
Jangan terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti menjadi kepunyaan kita .
Kumpul pahala bersama suami , bukan dosa bersama pasangan yang tidak sah .


Lindungi hati kita , tingkatkan iman kita .
Iman kita pasang surut , bila surut .. Zikirullah .
Bila terdetik ingin melakukan maksiat .. Mohom ampun kepada Nya .
Pintu taubat sentiasa dibuka kepada yang ingin kembali kepada Nya .

Mohon kemaafan kepada semua jika ada kekurangan dan kesalahan yang telah saya lakukan selama perkenalan kita. Marilah kita sama-sama sentiasa tingkatkan iman dan pelihara hati kita supaya terhindar dari sifat mazmumah. Amin ya Rabb.
Wassalam <3

Monday, 4 June 2012

Love Again

Assalamualaikum wbt cinta .. 


 >> Ececeh cinta bagai , jangan nak cinta sangat Cik Noraidiba kita ni , heee
 >> Ada apa dengan cinta ?? Alahai Cik Noraidiba kita tak tau kot , kan kan
> > Ya Allah sayangnya saya cintanya saya dekat diri saya ini (ayatditapis)
> > Ingin luahkan ?? Urm buat masa sekarang tidak perlu lagi rasanya, heee
> > Risau ada orang ketiga , siapakah ?? Syaitan itu akan menjadi orang ketiga ya anak-anak (jaga diri baik-baik, jangan mudah termakan kata-kata manis sang jejaka)
> > Saya tidak ingin berupa sedemikian dan saya rasa sudah pasti anak-anak semua juga tidak ingin bukan ?? (semua dah besarkan , semua boleh fikir mana baik buruknyakan , sucikan hati pelihara akhhlaknya)
> > Rasa-rasanya biarlah Allah SWT sahaja yang tahu apa yang kita rasa sekarang, heee
 Jika benar jodoh itu Allah SWT berikan kepada kita akan ku terima dengan hati yang terbuka , insyaAllah





Kaya dengan agamanya , akhlaknya , keturunannya dan rupanya.
Jodoh itu saling melengkapi.
Jangan salahkan takdir jika tiada jodoh samada yang belum berkahwin mahupun sudah berkahwin(bercerai).
Cintalah kepada Allah SWT dan RasulNya , supaya pasangan kita juga sedemikian. Amin ya Rabb.


Jangan terlalu mengharap , jangan terlalu percayai , jangan terlalu mencintai.

Indah rupa sekadar sementara
Indah agama kekal selamanya

#sejak bila Cik Noraidiba pandai berkata-kata ya (senyum)

Wassalam <3

Sunday, 20 May 2012

Say Alhamdulillah


Assalamualaikum wbt ...


Usaha dengan doa

Masanya akan tiba

Dengan restu Illahi

Kelak pasti akan ditemui

Berdasarkan lirik diatas lepas usaha kita itu berdoalah, keputusan baik atau sebaliknya tawakal kepada Ilahi. 
Berserah kepadaNya , hanya Ilahi yang mengetahui yang terbaik buat hambaNya.


Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Berdasarkan lirik yang kedua ini pula , selepas apa yang kita telah usaha tetapi hasil tidak memberangsangkan jangan sesekali putus asa.
 Allah tidak suka dengan hambaNya yang mudah berputus asa.
Allah suka hambaNya pinta kepadaNya, mohon kepadaNya, yakin akan kepadaNya.

Hargai kebolehan diri dan sayangi diri.
La Tahzan Noraidiba Binti Md Jidin.
Bila runtuh tempuhinya semula dan tegakkan semangat.
Kun Fayakun.
Wassalam. <3