Saturday 21 April 2012

Hati Kecil

Air mata mengalir rindukan bonda dan ayahanda. 
Tidak ku sangka cuti yang panjang selepas final exam hanyalah sebuah mimpi. 
Ya Allah lindungi kedua ibubapa ku. Amin
Apabila menunggu pesanan yang dikirim , hanya air mata menjadi peneman.
Alhamdulillah , khabar yang ku tunggu daripada kedua ibubapa ku mengatakan mereka sihat walafiat. 
Air mata deras mengalir apabila membacanya , hanya Allah sahaja yang tahu akan rindu ku kepada kedua ibubapa ku.


Bonda.. Ayahanda.. 
Jaga kesihatan dan sayangi keluarga kita.
Doakan kejayaan anakanda disini. Anakanda amat dahagakan doa mu.
Tidak lupa juga , anakanda menyusun 10 jari mohon kemaafan. 
Halalkan makan minum anakanda selama anakanda hidup bersama bonda dan ayahanda.
Anakanda sayang bonda dan ayahanda ! ! ! 






Hasil nukilan : Noraidiba Binti Md Jidin



HADIS :

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”




Huraian
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.