Sunday 18 November 2012

DubDabDubDab



Assalamualaikum cinta rindu sayang .. hahaha tamak haloba, bukan selalu, jarang pon bukan (>_<)

Alhamdulillah hati gembira jawab first paper, hope paper seterusnya begitu juga. Amin ya Rabb :) Ya Allah berikan hambaMu ini seorang yang bijaksana dan mempunyai kemahiran tersendiri untuk mengingati apa yang hambaMu ini belajar, Amin2 :)

*muka merah macam badut dah(sick), Cik Noraidiba kena sihat, fighting2!!! Jangan nak manja sangat layan sakit tu, hoho satu kira-kira 2 teori .. ya Allah teori lah paling senang buat saya (sebaliknya) chillax. Dah usaha , so lepas ni doa dan tawakal ya Cik Noraidiba, jangan ingat katil dekat rumah je. Bahaha tapi tak tipu menangis belajar bahagian teori2 ni, chill2 jangan stress Allah sentiasa ada untuk hambaNya :)

This final hope can get 3.5 and above, pray for me. Please2 :)


Wednesday 14 November 2012

Celoteh Noraidiba

InsyaAllah tahun depan umur 12tahun, jangan cemburu :)
Gambar dekat atas itu menandakan saya seorang yang agresif, tapi bukan semua orang nampak melihatnya. Ada gaya seorang pengajar tak , ke usahawan berjaya , ke pengasuh , ke ibu mithali , ke tukang kritik. Hohoho seronok.. Harini buat lawak tapi diri sendiri banyak gelak, apakan daya nak elak stress punya hal. Sambung balik, gambar dekat atas belah kiri itu kelihatan kanak-kanak riangkan, biasalah nak muda kejap. Tahun depan kang makin 'muda' lagi, yabedabedu~ yang kanan pula muka senyum buat-buat, senang cerita senyum paksa. Jangan ditegur apa kes buat gaya sedemikian, ini semua akibat semangat pergi kelas(tipu-tipu) semangat pergi kelas tapi.. ceit ada tapi lagi. 

Umur makin ber+ tapi tidak semestinya kita sudah matang Noraidiba, pengalaman akan mematangkan kita. Janganlah sedih tengok peragai saya yang kadang-kadang tidak serius itu, kadang-kadang itu untuk menghiburkan anda anda dan anda. Kalau tidak suka honest saja

Bila duduk sorang-sorang dinding tengok kita, buku tengok kita, katil tengok kita hampir separuh jiwa lenyap, ececeh ayat nak touching pula. Seriuslah tak tipu, kebenaran. Semua balik rumah raya deepavali dan sambut tahun baru. Saya alone, lonely. Touching lagi(main-main). 

Mata teddybear masuk tidur dulu, adios. Tuit-tuit. Salam Maal Hijrah to all muslims. Maafkan segala khilaf saya. Sayang semua <3

Saturday 10 November 2012

-SRS-

 


-Saat Minit Jam-

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan .. Rezeki Tuhan ada di mana-mana.. Saya bukan pandai berkata-kata, tetapi saya cuba dan saya lakukan untuk menjadi isteri yang solehah buat bakal suami saya kelak .. Mula-mula kita sudah cakap tidak boleh tanpa usaha, itu tiada erti dalam hidup .. Percayalah .. Allah itu sentiasa ada untuk hambaNya .. INGAT .. Kita Nikah cara Islam bukan taksub mengikut adat dan sebagainya .. Maafkan saya terkasar bahasa, kita boleh fikir secara rasioanalnya ..

Ya Allah lindungi hati hambaMu yang lemah ini ...

Jagalah dia dan  peliharalah hati kami berdua ini ...

Bagilah kami sentiasa amal soleh dan beriman masa ke semasa ...

HambaMu ini redha dengan kententuanMu yang Engkau telah tetapkan ...

HambaMu ini mohon agar kami sentiasa terpelihara daripada yang mungkar ...

HambaMu juga mohon kasih sayangMu dan yang memberi segalanya ...

Setiap nafas dan detik hanya Engkau Maha Mengetahui ...

Amin ya Rabb :)

--Cinta itu Fitrah Buat Manusia
--Tulus dari hati Cik Noraidiba Binti Md Jidin




Saturday 3 November 2012

ya Allah, Lindungi Hati ku

Jodoh kita telah ditetapkan semasa dalam kandungan ibu 4 bulan. 
'Couple' before kahwin tidak semestinya itu jodoh kita.
Cinta after nikah , akan rasa kemanisan suami isteri itu dan juga mendapat barakah Allah Taala.
Jangan terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti menjadi kepunyaan kita.
Kumpul pahala bersama suami , bukan dosa bersama pasangan yang tidak sah.

Lindungi hati kita , tingkatkan iman kita .
Iman kita pasang surut , bila surut .. Zikirullah .
Bila terdetik ingin melakukan maksiat .. Mohon ampun kepada Nya .
Pintu taubat sentiasa dibuka kepada yang kembali kepada Nya .

Mohon kemaafan kepada semua jika ada kekurangan dan kesalahan saya selama perkenalan kita.
Wassalam <3

Sunday 21 October 2012

Hanya Allah yang tahu

Assalamualaikum wbt dan selamat petang :)

Alhamdulillah saya disini sihat-sihat saja dan saya harap begitu juga dengan anda semua :)
Ingin saya buat perkongsian bersama anda semua, insyaAllah :)

Disini saya ingin mengatakan, selagi kita mempunyai emak ayah yang masih ada di muka bumi Allah ini, janganlah sesekali kita abaikan mereka .. Mereka yang telah membesarkan kita, mendidik kita untuk menjadi anak yang soleh dan solehah .. 

Disini juga ya saya ingin menegaskan, jikalau sesuatu yang penting untuk dibuat keputusan contohnya "KAHWIN aka NIKAH" samakan maksudnya ?? Bawalah bincang dengan emak ayah kita, mereka BERHAK tahu ok :)


Just slow talk with our parent, insyaAllah :)

Lagi 1 yang ingin saya tegaskan disini, RESTU EMAK AYAH kita itu penting .. Dengan restu itu juga insyaAllah mahligai yang kita bina akan kekal sampai hujung nyawa .. Amin ya Rabb :)

Yang baik itu datang dari Allah, yang kurang itu datang dari saya sendiri :)
Wassalam <3

Tuesday 16 October 2012

Pelanggan ku :)

Assalamualaikum wbt dan selamat petang ..

Layan ragam pelanggan kadang-kadang rasa kelakar pon ada .. Takpe-takpe belajar daripada pengalaman, huhu tapi buat saya statement yang mengatakan customer is always right itu bukan boleh guna semua tempat pon, serius .. Ada positif ada negatif juga, alhamdulillah setakat ini tidak pernah kena complain dengan customer ..

Sebagai pekerja kita kena sikap profesional, pelanggan buat muka ke apa ke 'p lantak depa noh' apa yang penting tugas kita semasa bekerja .. Agak-agak customer tengah emosi kan kan muka kita still maintain jee, chillax .. muka orang tu tegang bukan kita , huhu lagi satu yang pentingnya always smile .. Itukan SEDEKAH, tidak perlu dibayar pon :)

Seronok ada customer, lagi-lagi ada customer yang sporting habislah .. Hope sesiapa yang nak bekerja itu kesabaran perlu ada ya, jangan ikut sangat emosi yang mengade-ngade tu .. Semua dah besar boleh fikir mana baik buruk untuk diri masing-masing .. Agak-agak tak boleh tahankan buat ayat pendek but solid .. Lagi satu akal kena panjang nak layan ragam customer yang banyak ngomelnya .. Ulang kata daripada semua itu normal kot bila kita dah bekerja ..

Yang pasti nak mula kerja mulakan dengan nama Allah SAW .. Pujian segala atasNya dan PesuruhNya :)
Bukan nak mula kerja je , sebelum keluar rumah tu juga ya , ke sesiapa yang bawa motor kereta or public transport .. Ada apa-apa yang tidak diingin bacalah surah Kursi, insyaAllah kalian selamat ..

Saya ingin kongsi 1 cerita , dulu masa kerja KLCC dari rumah naik motor ke stesen LRT then letak motor dekat stesen tu , so memang harian kerja lah senang cerita .. 1 hari tu waktu balik shift habis jam 11 malam, sampai stesen LRT Taman Melati, bawa motor sampai lalu dekat sebuah sekolah di ekori satu motor ni, dua orang lelaki .. Masa tu memang gugur jantung juga lah, tapi alhamdulillah dengan baca surah Kursi dan mungkin pengaruh TV yang sangat kuat terlepas daripada orang yang pelik-pelik itu ..

Walau dimana kalian berada beware!!! Jangan nak tunjuk hebat sangat , buat muslimat tu jangan nak sorang-sorang .. Biar berteman , no couples .. except Nikah :)

Terkasar bahasa , mohon maaf daripada saya insan yang kerdil ini ..
Wassalam <3

Saturday 13 October 2012

BERJUANG NORAIDIBA BINTI MD JIDIN


Noraidiba Binti Md Jidin .. 
Teruskan perjuangan mu sayang .. 
Kesedihan itu ada ubatnya, ubatinya dengan air mata mu .. 
Bukan menangis itu menandakan kita lemah .. Tapi .. 
Itu dapat pemangkin semangat kita kembali, kembalinya kita dalam kedaan yang lega dan penuh ketenangan .. 
ya Allah kuatkan hati hambaMu yang hina ini ..  
Jangan fikir sangat apa yang orang buat dekat kita Noraidiba, buruk baiknya kita mesti orang dapat terima kita seadaanya daripada kita hipokrit .. 
Mungkin .. 
Mereka itu cemburu tengok kita (pujuk hati) ..
Noraidiba pergi tidurlah jam 3.15 pagi dah ni , huhu gara-gara tidur petang ==. Zzz
Selamat pagi semua , jangan nakal-nakal. Semua dah besarkan so jangan nak 'mengedik' sangat .. Terkasar bahasa terover maaf dipinta
Assalamualaikum wbt <3

Friday 12 October 2012

Perkongsian

Assalamualaikum wbt kepada semua :)


Awak semua doakan saya dapat pergi melawat rumah anak-anak yatim piatu dan rumah-rumah orang tua ya .. saya teringin nak pergi melawat mereka, kalau boleh nak berjemaah makan minum cium peluk mereka .. please please ..dapat jumpa bayi terbuang tu pon kalau boleh saya amik jadi anak angkat or adik angkat ke .. bunyi macam poyo kan , tapi itulah realitinya .. apa pun doakan tau .. kalau nak follow sekali pon takpe .. nak jadi activist .. nak jadi pakar motivasi .. jadi pendakwah bebas pon ok .. senang cite jadi cikgu la .. ececeh businesswomen tetap dihati ku .. salah satu tu mesti kena tercapai juga !!! amin ya Rabb .. (^___^)

Wassalam <3

Sunday 7 October 2012

.2.0.4.6.0.7.1.0.1.2.


Thanks ALLAH :)
InsyaALLAH panjang umur ketemu lagi 
Maafkan segala kekurangan daripada saya
Tegurlah saya Noraidiba Binti Md Jidin
Care yourself, I always pray for you
*Betulkan niat bersihkan hati 
*Bahagiakan dunia dan akhirat

Hindarilah sebelum terlambat , agak-agak cukup semua boleh dirikan Masjid. Mantapkan Iman mu, sentiasa berdoa kepadaNya, ikhlas terima apa sahaja dan apa yang Allah berikan itulah sebaik-baiknya.

Assalamualaikum :)




Wednesday 3 October 2012

Ubat rasa gula-gula mesti semua senang je makan ubat tu (^^,)
UBAT SEDAP !!! mata keatas sambil hilang anak mata hitam .. Huu~
Tapi serius ubat memang sedap, tapi kepada pengemar ubat jela ..
Agak-agak siapa yang sakit tu jangan lupa kita nak guna badan kita ni lama lagi , huhu so jagalah kesihatan ya .. Yang takut makan ubat tu, jangan risau ubat tak makan kamu .. Hee~

Saya nak share 1 story, ada seorang hamba Allah ni kan dia demam yang sangat teruk jugalah (cian dia demam masa beday dia) dia demam lama jugalah .. Masa beday dia tu kan , kakak-kakak senior da rancang something nak kenakan dia, tapi apakan daya d sebabkan dia demam, senior-senior tu baling bedak je .. Pastu ada adegan peluk cium-cium (jangan otak kuning sangat korang) ..

Lepas adegan tu , dia memang tak larat dan mampu rehatkan diri diatas katil yang kunun-kununnya selesa gitu .. Paling best sepanjang dia tu demamkan kakak roomate dia tolong jaga sepanjang malam , pastu kakak roomate tolong urut .. (budak tu sggp tak jumpa doc punya pasal tu dmm nak lama2, but2 dia takde la nak ponteng class) huu~

Sepanjang dia demam tu kan ada classmate tolong belikan yang dok lekat kat dahi tu , huu~  terharu jugalahkan , pastu2 ada sorang kakak senior ni bagi coklat .. Pastu2 kakak senior tu nak salam tangan diakan tetiba senior tegur 'demam ke?' tetiba dia nangis (ngade2 kan) hoo~ Dia tu sensitif sikit bila orang tegur depan2 gitu , sob3 ..

*tapi memang serius la dia tu kalau sakit memang degil betul tak nak jumpa doc, pernah sekali tu dia sakit yang teramat, sekali amik kau dapat ubat tutt tutt.. Still taknak makan, tapi apa kan daya dia kena jaga ketat oleh dua orang, terpaksa juga makan ubat tutt tutt tu.. Yes3!!! Padan muka, hee~
*dan sebenarnya juga, dia tak suka makan ubat biji2 tu, dia pernah muntah balik masa makan ubat biji2 tu.. Pastu ngs, seriusly penuh kesabaran juga la kalau dapat orang camni (tersedak)

Peringatan untuk diri ini (huu) dan kalian, jaga diri baik-baik ..
Sakit yang berpanjangan tu kan kan pergi jela jumpa doc, cari doc paling kacak .. Haa mesti korang tak rasa sakit kot, kot la (mcm pernah buatkan, wink3) Tapi serius doc laki ni kan kan lembut kot kalau pesakit dia gegurl , huu~ da2 jangan gatal, yang penting kalian sihat ya  ..

Sunday 30 September 2012

1 OKTOBER 2012 (15 Z'KAEDAH 1433)

Gambar kat atas edit sikit , haha this is not fake picture.
Assalamualaikum wbt dan salamsejahtera :)
Toing toing .. (hyper sat noh)
Harini tema baju warna putih , why ??
Putih suci sekali pandang kau tertarik memang de boom .. Joke :)
Jangan merepek Noraidiba , Final nak doket da ni .. Bilo laie engko nak main-main ..
Buat muslimin muslimat sekalian , doakan saya ya ..

  1. Belajar rajin-rajin dan sihat selalu
  2. Jadi anak yang solehah , yang selalu doakan kesejateraan kedua ibubapanya
  3. Muslimah yang terhebat and be happy with your self
  4.  Jangan nakal-nakal , jangan hypo-hypo
  5. Sentiasa sedar dengan kehidupan dunia yang akhir zaman

Bila kita buat sesuatu itu niat biarlah kerana Allah Taala dan balasan dariNya sahaja. 
Jangan sesekali kita mengharapkan balasan sesama manusia.
Orang buat jahat kita balas dengan kebaikan, TAU !!!  :)
Janganlah kita makan daging saudara kita sendiri (peringatan keras buat saya diri ini)
Agak-agak tidak boleh tahan apa orang telah buat kepada kita, mengadu kepadaNya, ambil wuduk, banyakkan selawat zikir dan solat sunat. (bagi yang berkemampuan)
Lastly ..  We have to be patient :) 

Sabar Diba Sabar <--- ayat itu selalu diberikan keluarga , kawan-kawan dan saudara mara .. (senang cerita semua orang yang saya sayanglah)

I LOVE YOU ALL .. Tidak kira tua muda , miskin kaya , ada rupa atau sebaliknya :)

 Wassalam <3

Saturday 29 September 2012

Just Friends

Assalamualaikum kepada yang dikasihi ..
Niat berkawan , tidak pernah pula 'say more than friends'. 
Kenapa harus membuat Cik Noraidiba rasa bersalah ??
How to explain briefly with you ?? 

Please, take note --> If I wanna be serious with you, I will ..
Now I feeling guilty .. Oh Allah ..

Everything gonna be ok .. 
Please forgive me ..



Sunday 23 September 2012

Cinta Muka Buku


Assalamualaikum wbt dan salamsejahtera kepada semua ..

  • Boleh percaya ke CMB(cinta muka buku) ??
  • Wujud ke CMB (cinta laman sesawang) ??
Pucuk pangkal , pendek cerita , end of story .. Jodoh Ajal Maut Allah saja yang Maha Mengetahui .. 
Tapi .. Tidak salah kita berusaha , da da jangan nak kecewa sangat dengan ayat saya tadi tu , huhu berdoalah , doa itu senjata orang Islam .. 
Allah amanahkan kita sebagai manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini .. Bukan merosakkan .. Renungan untuk kita semua :)
Wassalam ..


Thursday 23 August 2012

SyawaL 2012/1433 Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua , izinkan saya untuk berkongsi Eid Mubarak bersama kalian .. Huu ayat nak skema saja kan , biasalah saya budak baru nak membesar (rimas asyik cakap budak2 je) oK OK tolong lupakan .. Sekarang nak bincang pasal syawal ni , eh eh apa pula bincang .. Nak kongsi ceritalah (kalut noh) ..

Mulalah dengan 1st syawal ..

6.30 - 8.00 : Masih di rumah , solat subuh , siap-siap pergi masjid *tengok tv sat , makan/minum sikit , duduk saja , huhu
8.00 - 9.55 kot : Gerak pergi masjid sepang tak silap , sampai masjid , solat sunat aidilfitri , alhamdulillah selesai , dengar khutbah , keluar masjid .. ada sorang pakcik hulur duit raya (ok rasa bahagia , haha)
9.55 - 10.30 : Jalan-jalan naik kereta cari lomang tapi tak jumpa (tutup lg sebenarnya) 
10.30 - 12.30 : Di rumah , kemas-kemas apa yang patut , yang best masa nak keluar pergi beli barang , salam ayah cakap 'selamat hari raya maaf zahir batin , maaf kan diba ya ayah.. maaf zahir .. eh eh bape kali maaf pula .. hee jap2' (semua gelak) tetiba ada satu suara 'diba nak jadi maharaja lawak tu gelak-gelak' ok pastu sambung balik cakap , ayah halalkan makan minum diba , doakan diba rajin-rajin belajar , jangan malas-malas da , huuu (ayah tersenggih-senggih je , sampai nak kuar air mata)
12.30-20.00 : Abg datang beraya , ok layan anak buah semua , ok buat biskut raya buat kek batik (raya pertama tak pergi mana-mana lagi)
20.00-22.30 : Hangout with my family at PD Waterfront (macam iCity jugalah, cuma kat sini tepi laut , huhu) ok pastu nak balik tu beli domino
22.30-00.30 kot : Sampai rumah , semua terbongkang *eh takde la , kami semua makan pizza , huhu ok layan tv dengan family tercinta .. Semua penat saya pon penat , semua tidur .. 
Takde apa yang special mana , tapi .. BEST BEST BEST dapat bersama keluarga ku syurga ku ..
Eid Mubarak kepada semua , Maafkan segala kesalahan dan kesilapan saya Noraidiba Binti Md Jidin ..

Wassalam <3
 



Friday 13 July 2012

Kita hanya merancang , Allah yang tentukan segalanya


Assalamualaikum wbt sahabat yang dikasihi Allah Taala , semoga sahabat-sahabat ku sentiasa dalam baik-baik saja. Hasilkan senyuman dengan sesiapa sahaja mahupun orang itu sukai/tidak disukai dan dikenali/tidak dikenali.

Jodoh kita telah ditetapkan semasa dalam kandungan ibu 4 bulan . 
'Couple' before kahwin tidak semestinya itu jodoh kita.
Cinta after nikah , akan rasa kemanisan suami isteri itu dan juga mendapat barakah Allah Taala . Amin ya Rabb.
Jangan terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti menjadi kepunyaan kita .
Kumpul pahala bersama suami , bukan dosa bersama pasangan yang tidak sah .


Lindungi hati kita , tingkatkan iman kita .
Iman kita pasang surut , bila surut .. Zikirullah .
Bila terdetik ingin melakukan maksiat .. Mohom ampun kepada Nya .
Pintu taubat sentiasa dibuka kepada yang ingin kembali kepada Nya .

Mohon kemaafan kepada semua jika ada kekurangan dan kesalahan yang telah saya lakukan selama perkenalan kita. Marilah kita sama-sama sentiasa tingkatkan iman dan pelihara hati kita supaya terhindar dari sifat mazmumah. Amin ya Rabb.
Wassalam <3

Monday 4 June 2012

Love Again

Assalamualaikum wbt cinta .. 


 >> Ececeh cinta bagai , jangan nak cinta sangat Cik Noraidiba kita ni , heee
 >> Ada apa dengan cinta ?? Alahai Cik Noraidiba kita tak tau kot , kan kan
> > Ya Allah sayangnya saya cintanya saya dekat diri saya ini (ayatditapis)
> > Ingin luahkan ?? Urm buat masa sekarang tidak perlu lagi rasanya, heee
> > Risau ada orang ketiga , siapakah ?? Syaitan itu akan menjadi orang ketiga ya anak-anak (jaga diri baik-baik, jangan mudah termakan kata-kata manis sang jejaka)
> > Saya tidak ingin berupa sedemikian dan saya rasa sudah pasti anak-anak semua juga tidak ingin bukan ?? (semua dah besarkan , semua boleh fikir mana baik buruknyakan , sucikan hati pelihara akhhlaknya)
> > Rasa-rasanya biarlah Allah SWT sahaja yang tahu apa yang kita rasa sekarang, heee
 Jika benar jodoh itu Allah SWT berikan kepada kita akan ku terima dengan hati yang terbuka , insyaAllah





Kaya dengan agamanya , akhlaknya , keturunannya dan rupanya.
Jodoh itu saling melengkapi.
Jangan salahkan takdir jika tiada jodoh samada yang belum berkahwin mahupun sudah berkahwin(bercerai).
Cintalah kepada Allah SWT dan RasulNya , supaya pasangan kita juga sedemikian. Amin ya Rabb.


Jangan terlalu mengharap , jangan terlalu percayai , jangan terlalu mencintai.

Indah rupa sekadar sementara
Indah agama kekal selamanya

#sejak bila Cik Noraidiba pandai berkata-kata ya (senyum)

Wassalam <3

Sunday 20 May 2012

Say Alhamdulillah


Assalamualaikum wbt ...


Usaha dengan doa

Masanya akan tiba

Dengan restu Illahi

Kelak pasti akan ditemui

Berdasarkan lirik diatas lepas usaha kita itu berdoalah, keputusan baik atau sebaliknya tawakal kepada Ilahi. 
Berserah kepadaNya , hanya Ilahi yang mengetahui yang terbaik buat hambaNya.


Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Berdasarkan lirik yang kedua ini pula , selepas apa yang kita telah usaha tetapi hasil tidak memberangsangkan jangan sesekali putus asa.
 Allah tidak suka dengan hambaNya yang mudah berputus asa.
Allah suka hambaNya pinta kepadaNya, mohon kepadaNya, yakin akan kepadaNya.

Hargai kebolehan diri dan sayangi diri.
La Tahzan Noraidiba Binti Md Jidin.
Bila runtuh tempuhinya semula dan tegakkan semangat.
Kun Fayakun.
Wassalam. <3

Friday 4 May 2012

Cara Nak Sabar




  1. Jangan lupa Allah SWT , ini perkara yang paling penting ya buat muslimin dan muslimat.
  2. Latih minda melupakan kenangan pahit.
  3. Buang sikap risau.
  4. Belajar rajin bersyukur.
  5. Belajar menjadi pemaaf.
  6. Ketawa untuk mendapatkan mood gembira.
  7. Ubah fikiran , fikir yang baik-baik saja.
  8. Hati mesti 'keras'. 
  • Kesabaran yang tinggi.
  • Pandai mengawal emosi.
  • Menerima hakikat dengan terbuka.
"Allah SWT menurunkan musibah bukan sekadar dugaan, tetapi pembalasan bagi pembuatan yang telah kita lakukan."
 "Sentiasa membaca Al-Quran dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya"

Saturday 21 April 2012

Hati Kecil

Air mata mengalir rindukan bonda dan ayahanda. 
Tidak ku sangka cuti yang panjang selepas final exam hanyalah sebuah mimpi. 
Ya Allah lindungi kedua ibubapa ku. Amin
Apabila menunggu pesanan yang dikirim , hanya air mata menjadi peneman.
Alhamdulillah , khabar yang ku tunggu daripada kedua ibubapa ku mengatakan mereka sihat walafiat. 
Air mata deras mengalir apabila membacanya , hanya Allah sahaja yang tahu akan rindu ku kepada kedua ibubapa ku.


Bonda.. Ayahanda.. 
Jaga kesihatan dan sayangi keluarga kita.
Doakan kejayaan anakanda disini. Anakanda amat dahagakan doa mu.
Tidak lupa juga , anakanda menyusun 10 jari mohon kemaafan. 
Halalkan makan minum anakanda selama anakanda hidup bersama bonda dan ayahanda.
Anakanda sayang bonda dan ayahanda ! ! ! 






Hasil nukilan : Noraidiba Binti Md Jidin



HADIS :

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”




Huraian
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah. 

Saturday 24 March 2012

Didik Hati Agar Redha

Musibah Menghapuskan dosa 


“Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.” – (Maksud al-Hadis) 


Bersabar Tanda Kemenangan


Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. 


Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah 


Doa senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.


Membaca al-Quran


Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.


"Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba."

Wassalam <3


Wednesday 22 February 2012

February




Assalamualaikum wbt semua... Alhamdulillah diberikan umur untuk teruskan perjuangan hidup lagi. Now mid sem , so masa ini la meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Huhuhu nak share apa yang berlaku selama bulan 2 ni memang banyak juga la cerita nya , biasa la kan lumrah kehidupan. 
Eheheh dalam bulan 2 ni alhamdulillah dilimpahi rezeki yang Allah SWT berikan kepada saya, dengan mid sem kakak tersayang belanja dengan banyaknya.. Thanks my sista ! ! Love u~ sweet kan ?? (^_^) Business pon alhamdulillah berjalan dengan lancar, syukur~
Alhamdulillah dalam bulan ini juga saya sihat walafiat saja , just cepat lapar la sekarang. Heee berat badan susut , so memang kena makan jela nampak nya (d usahakan) insyaAllah.. Doakan saya ya. (^_^)
Pembelajaran saya pula alhamdulillah semua ok, cuma kena usaha lebih untuk mendapatkan result yang gempak (tapi) lupakan... Diba~ chayok2 ! 
Dugaan paling the best hampir sebulan kena bersabar dengan tuutt tutt tutt , huhu apakah itu ? Entahla tak penting kot. takpe2.  Focus study dong ! !
Kawan-kawan yang saya kasihi , walaupun korang dihadiri dengan dugaan yang berterusan , mengadulah pada Allah SWT.. Jangan bila susah je korang mencari Nya.. Ingat... Allah SWT sayang kita semua sebab itu  Allah SWT berikan pelbagai ujian buat kita semua.
Akhir kata , maafkan saya kalau ada terkasar bahasa ya.
Wassalam <3

Saturday 21 January 2012

CoupLe ??



Haram ke couple itu ? Perlu ke 'couple' dalam hidup kita sebanarnya ? Mesti korang pernah 'couple' kan ? Samalah macam saya baru sekali 'couple' dalam hidup. Biasalah jiwa muda semua benda nak mencuba. :) Benda apa yang saya ingin katakan pasal 'couple' ini ?? urm
Baca benda bawah ini, kalau akal itu memang cerdik mesti boleh lakukan yang terbaik dalam hidup dan keluarga.

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.


Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Renung-renungkan selamat beramal. <3