Friday 13 December 2013

Kemanisan lepas Nikah atau Kemanisan Sebelum Nikah. Pilihan ditangan kita :)




Assalamualaikum wbt dan selamat pagi, inshaallah pagi lagi 11.42am Merlimau, Melaka. 

Tajuk hangat untuk harini. Sekadar perkongsian dan sedikit pencerahan yang nak kata sempurna, saya tidak arif sangat, so nak terima atau pon tidak hak masing-masing. Siapa rasa baik, ambil. Siapa rasa tak baik, buat tak tahu jela ya. terima kasih :)

untuk permulaan cerita, siapa pernah bercinta??? tak kira lah cinta zaman sekolah atau zaman belajar atau zaman kerja. tak kira juga cinta serius atau cinta main-main. huhuhu siapa yang bercinta jela, yang tak pernah bercinta, baca dok diam saja tau :)

ok, bila bercinta apa yang agak nya perlu pasangan ITU??? semestinya nak pasangan kita memahami, menyanyangi, menghormati, me me me la.. hehe itu selalunya apa yang setiap yang kita nak, dari segi umum ya. bukan more to specific.if more specific mesti ada baik agamanya, keturununannya. haa faham la tu, tak habis kalau macam tu :)

ok, macam ni lah senang, khas buat diri saya juga yang kadang lemah dan lalai. manusia mana yang tidak melakukan kesilapan dan kesalahan kan kan. tapi sampai bila kita nak teruskan buat benda sesuatu yang mendatangkan dosa buat diri kita. kita dah tahu dah istilah couple konon sweet bagai nak rak, konon juga kentut pon bau wangi ya. huhu istilah anak muda, teringat pula zaman muda(mcm tua sgt je ya (>_<) )

ok, seriously and be honest la kesilapan besar couple-couple ni, ish ish ish.. itu buat saya lah. tak tahu lah kalau orang lain yang memang islamic couple punya, ada ke ??? ada lah if after nikah, baru betul sweet couple until JANNAH :)

Kenapa agaknya sanggup tinggal kan orang yang kita sayang sedangkan niat kita baik ni nak mendirikan masjid. why why why??? sebab paling kuat buat saya adalah... kononnya nak jaga batas, jaga syariat. tapi... ada ke setiap masa ke kita boleh jaga, tak kira orang tu tinggi ke rendah tapi kalau dah manusia, pasti mempunyai nafsu bukan??? haa so jangan nak menafikan lah, mungkin bahasa senang faham, ringan-ringan nya, berat-berat nya, jujur dulu tak faham istilah macam ni, biasalah nerd kot dulu. huhu 

Sebab, saya tinggal orang yang saya sayang sebab saya tak nak ada 'terdosa'(betul ke ayat tu) siapa faham alhamdulillah. saya minta tolong Allah jaga kan, huhu lagi pon saya tak nak berharap dengan yang benda belum pasti jadi hak milik kita, haa memang orang cakap kita kena usaha, tapi usaha 100% positif alhamdulillah, ni tetiba 1% negatif kan tak manis tu. tak mampu jaga maruah diri, jaga lah maruah keluarga kita, kita ada mak ayah, kita ada keluarga, jangan bertindak mengikut nafsu semata. Niat baik, inshaallah semua dipermudahkan Allah :)

Sentiasa lah bersangka baik, Noraidiba please be positive people. Sesuatu yang benar itu mengumpat, yang tidak benar itu fitnah. Ingatlah wahai Noraidiba, muhasabah diri. nak yang baik, diri kena audit dulu. cukuplah Allah bagi ku. Inshaallah semua yang berlaku ada Hikmah di sebaliknya, memang tidak dinafikan perit bila situasi sebegini ya :)

Berdoalah, mohon dapat jodoh yang soleh/solehah, boleh bimbing kita ke jalan Allah. Saling melengkapi gitu. amin ya Rabb. :)

Maafkan segala khilaf saya, saya masih berusaha untuk membaiki kekurangan pada diri saya, saya perlu bimbing diri saya dengan izin Allah, bantulah saya. Tegurlah saya. Saya mohon sejuta kemaafan kepada sesiapa yang terasa akan kelakuan selama ini. Maafkan saya ya :)


p/s : walaupun orang tu imam muda/ustaz/ bilal/pelajar agama sekalipun.. apabila kita semakin jauh dengan Allah..ambillah masa untuk berfikir sejenak..Apakah orang sebegini yg mampu membimbing kita nanti?? ~ tepuk dada tanya imam ~

Wednesday 11 December 2013

Apabila Kamsis di SERANG

assalamualaikum wbt dan selamat pagi, terpacak nya matahari depan tingkap menyinari bilik ku yang cantik dan lagi suci.. hohoho
OOkk now boleh cerita, mungkin sekarang musim histeria. manalah tak nya, setiap hari ada berlaku benda aneh-aneh je. Siapa lemah semangat tu, mau tak kena makan kaki. huhu gurau saja :) semalam berlakunya pemutihan asrama, semua kumpul pusat islam(PI), bila dibacanya ayat suci  al-quran(tak pasti ayat/surah apa) tup tup ada yang menangis meronta berlari gelak, boleh rasa gegar juga PI tu.
tapi sebelum nak cerita selanjutnya, saya nak cerita sebelum kejadian malam tadi, iaitu petangnya.. betul ke ayat saya tu ea. maaflah kalau ayat tak cantik, bahasa malaysia b je. :)

alhamdulillah rezeki, dapat makan dekat blok lain. sepanjang perjalanan pergi ke blok itu, saya berteman dengan seorang teman. tetiba je sampai blok tu, teman saya kelihatan lain. macam takut gitu. huhu mula lah saya fikir macam-macam, ish ish. sekali dah sampai bilik tu, teman saya tu lagilah lain. saya pon boraklah macam biasa, bila dah siap kami makan, seorang sahabat cakap "tu bukan dia yang cakap, kak diba cakap dengan benda tu tadi." ayoyo apa sihhh nak terkejut tu, urm entah lah ya, tapi memang tau da teman saya tu tak sihat.

inshaallah semua ok dah, tapi ada satu benda yang tak seronok. bila ada someone kena gangguan je, mesti ada yang takut nak dekat, ada yang fikir bukan-bukan, kata itu ini. apa sihhh. husnuzhon lah, mereka tak minta pon benda tu semua, yang dok fikir bukan-bukan ni kalau benda ni terjadi kat korang then orang semua buat benda sama kat korang apa korang rasa. haaa jangan nak negatif sangat, Allah ada, baca doa pelindung diri. jangan terlalu taksub mendengar yang tak baik je. OOKK?!

#terima kasih kepada sesiapa yang risau dekat saya semalam, saya takde dekat PI semalam sebab ada orang kena gangguan, cuma datang lambat sikit PI. maaf ya kepada semua. ILY all :)

Wassalam :)

Sunday 8 December 2013

Khas buat anak nombor 2 sahaja ;)



01 : Senang memaafkan orang .
02 : Garang macam harimau tapi hanya pada sesetengah orang .
03 : Kalau gelak tak ingat dunia .
04 : Sensitif , hati lembut .
05 : Ramai peminat .
06 : Mudah menyayangi orang lain jika org itu mengambil berat tentang dirinya .
07 : Sukar melupakan orang yang dia sayang .
08 : Selalu menjadi tumpuan orang ramai .
09 : Senyuman tetap di bibir walaupun , sedang sedih .
10 : Sentiasa mengingati kawan lamanya .
11 : Romantik & penyayang .
12 : Manja & pemurah hati .
13 : Peramah .
14 : Suka memasak & bagi orang makan masakannya .
15 : Rajin .
16 : Nak tahu merajuk ke tak senang je . Kalau diam je tuh tandanya tengah merajuk .
17 : Kalau ada orang mintak tolong mesti mereka akan ditolong .
18 : Kalau tengah tidur senang jew nak kejutkan sebab tak tidur mati.

Thursday 5 December 2013

Indahnya Bercinta Lepas Nikah

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran dicelah-celah jari tangan mereka.” 

( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)


Tuesday 3 December 2013

Cik I Love You damn so much. May Allah bless u Cik :)



*Tanggungjawab saya adalah menjaga semangat pada diri saya sendiri, berdirinya saya dengan diri saya sendiri. SEMANGAT!


Ya Allah berikan aku kekuatan dari segi mental dan fizikal. Permudahkan segala urusan pembelajaran ku ya Allah. Berikan diri ku ini sentiasa bersangka baik dalam apa jua situasi. Amin ya Rabb. Nampaknya 'kami' tak boleh berpisah ya, sayangnya saya dekat pensyarah tu, pensyarah tu pon sayangnya dekat saya. Huhuhu FOCUS pada yang penting Noraidiba Binti Md Jidin. Semester lepas boleh, so semester ni pon mesti boleh. Jantung berdenyut abnormal sentiasa kalau kelas dengan Cik, maafkan saya ya Cik :( 

#doa usaha ikthiar tawakal (duit)
#husnuzhon
#redha

Love u Cik!!! Thanks mengajar saya pada semester juga, saya berusaha buat yang terbaik dalam subjek Cik. Mohon doa semua :)

Assalamualaikum wbt ^_________^

Sunday 1 December 2013

Kebaikan buat semua

Assalamualaikum wbt, moga Allah ampuni segala khilaf kita. Amin ya Rabb.

Final sem, inshaallah dipermudahkan segalanya. Semangat baru walaupun sebelah tangan mampu mengharungi segalanya. Benda yang lepas jadikan tauladan. Kenangan semua itu ya. 

Belajar dari kesilapan. Bersangka baik. Niat kerana Allah, inshaallah semua dipermudahkan. Umur pon makin bertambah, tiada masa untuk main-main. Masa untuk berubah (semangat2). Think about our future(our???) hoho..  

Saya tetap dengan prinsip hidup saya bercinta lepas nikah, sesiapa yang tidak dapat menerima seadaanya atau tidak dapat memahaminya, mohon maaf dari saya. Apa yang saya nak itu kebaikan bersama bukan atas dasar 'selfish'. Saya doakan yang terbaik untuk anda anda dan anda, moga mendapat jodoh yang soleh dan solehah, nak yang baik diri pon kena baik. inshaallah

Terima kasih kepada yang pernah sayangkan sayang jaga saya nasihati saya, Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Banyak lagi perlu saya perbaiki diri saya yang banyak serba kekurangan ini. 

Jika benar itu yang terbaik, just move on. Saya sanggup lepaskan orang yang saya sayang dari terus melakukan dosa yang sengaja mahupun tidak sengaja. Diri ini kadang lalai akan kenikmatan dunia sampai lupa akan akhirat.

Muhasabah diri, solat sunat taubat, selawat. Allah maha mengampuni dan maha mengetahui. Niat kita baik inshaallah semua dipermudahkan. Pandanglah hikmah :)

#cinta tidak salah, tapi samaada kita membawa cinta itu kearah kebaikan atau sebaliknya. cinta wujud sebelum dan selepas cinta ke, tidak salahnya. kita yang menentukan kemana kita sepatutnya membawa cinta itu. 

Saya mohon kemaafan kepada semua, maafkan segala kekurangan saya selama ini ya.

Cinta saya buat yang Halal... Asif jiddan... Wassalam