Friday, 13 December 2013

Kemanisan lepas Nikah atau Kemanisan Sebelum Nikah. Pilihan ditangan kita :)




Assalamualaikum wbt dan selamat pagi, inshaallah pagi lagi 11.42am Merlimau, Melaka. 

Tajuk hangat untuk harini. Sekadar perkongsian dan sedikit pencerahan yang nak kata sempurna, saya tidak arif sangat, so nak terima atau pon tidak hak masing-masing. Siapa rasa baik, ambil. Siapa rasa tak baik, buat tak tahu jela ya. terima kasih :)

untuk permulaan cerita, siapa pernah bercinta??? tak kira lah cinta zaman sekolah atau zaman belajar atau zaman kerja. tak kira juga cinta serius atau cinta main-main. huhuhu siapa yang bercinta jela, yang tak pernah bercinta, baca dok diam saja tau :)

ok, bila bercinta apa yang agak nya perlu pasangan ITU??? semestinya nak pasangan kita memahami, menyanyangi, menghormati, me me me la.. hehe itu selalunya apa yang setiap yang kita nak, dari segi umum ya. bukan more to specific.if more specific mesti ada baik agamanya, keturununannya. haa faham la tu, tak habis kalau macam tu :)

ok, macam ni lah senang, khas buat diri saya juga yang kadang lemah dan lalai. manusia mana yang tidak melakukan kesilapan dan kesalahan kan kan. tapi sampai bila kita nak teruskan buat benda sesuatu yang mendatangkan dosa buat diri kita. kita dah tahu dah istilah couple konon sweet bagai nak rak, konon juga kentut pon bau wangi ya. huhu istilah anak muda, teringat pula zaman muda(mcm tua sgt je ya (>_<) )

ok, seriously and be honest la kesilapan besar couple-couple ni, ish ish ish.. itu buat saya lah. tak tahu lah kalau orang lain yang memang islamic couple punya, ada ke ??? ada lah if after nikah, baru betul sweet couple until JANNAH :)

Kenapa agaknya sanggup tinggal kan orang yang kita sayang sedangkan niat kita baik ni nak mendirikan masjid. why why why??? sebab paling kuat buat saya adalah... kononnya nak jaga batas, jaga syariat. tapi... ada ke setiap masa ke kita boleh jaga, tak kira orang tu tinggi ke rendah tapi kalau dah manusia, pasti mempunyai nafsu bukan??? haa so jangan nak menafikan lah, mungkin bahasa senang faham, ringan-ringan nya, berat-berat nya, jujur dulu tak faham istilah macam ni, biasalah nerd kot dulu. huhu 

Sebab, saya tinggal orang yang saya sayang sebab saya tak nak ada 'terdosa'(betul ke ayat tu) siapa faham alhamdulillah. saya minta tolong Allah jaga kan, huhu lagi pon saya tak nak berharap dengan yang benda belum pasti jadi hak milik kita, haa memang orang cakap kita kena usaha, tapi usaha 100% positif alhamdulillah, ni tetiba 1% negatif kan tak manis tu. tak mampu jaga maruah diri, jaga lah maruah keluarga kita, kita ada mak ayah, kita ada keluarga, jangan bertindak mengikut nafsu semata. Niat baik, inshaallah semua dipermudahkan Allah :)

Sentiasa lah bersangka baik, Noraidiba please be positive people. Sesuatu yang benar itu mengumpat, yang tidak benar itu fitnah. Ingatlah wahai Noraidiba, muhasabah diri. nak yang baik, diri kena audit dulu. cukuplah Allah bagi ku. Inshaallah semua yang berlaku ada Hikmah di sebaliknya, memang tidak dinafikan perit bila situasi sebegini ya :)

Berdoalah, mohon dapat jodoh yang soleh/solehah, boleh bimbing kita ke jalan Allah. Saling melengkapi gitu. amin ya Rabb. :)

Maafkan segala khilaf saya, saya masih berusaha untuk membaiki kekurangan pada diri saya, saya perlu bimbing diri saya dengan izin Allah, bantulah saya. Tegurlah saya. Saya mohon sejuta kemaafan kepada sesiapa yang terasa akan kelakuan selama ini. Maafkan saya ya :)


p/s : walaupun orang tu imam muda/ustaz/ bilal/pelajar agama sekalipun.. apabila kita semakin jauh dengan Allah..ambillah masa untuk berfikir sejenak..Apakah orang sebegini yg mampu membimbing kita nanti?? ~ tepuk dada tanya imam ~

No comments:

Post a Comment