Thursday, 23 August 2012

SyawaL 2012/1433 Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua , izinkan saya untuk berkongsi Eid Mubarak bersama kalian .. Huu ayat nak skema saja kan , biasalah saya budak baru nak membesar (rimas asyik cakap budak2 je) oK OK tolong lupakan .. Sekarang nak bincang pasal syawal ni , eh eh apa pula bincang .. Nak kongsi ceritalah (kalut noh) ..

Mulalah dengan 1st syawal ..

6.30 - 8.00 : Masih di rumah , solat subuh , siap-siap pergi masjid *tengok tv sat , makan/minum sikit , duduk saja , huhu
8.00 - 9.55 kot : Gerak pergi masjid sepang tak silap , sampai masjid , solat sunat aidilfitri , alhamdulillah selesai , dengar khutbah , keluar masjid .. ada sorang pakcik hulur duit raya (ok rasa bahagia , haha)
9.55 - 10.30 : Jalan-jalan naik kereta cari lomang tapi tak jumpa (tutup lg sebenarnya) 
10.30 - 12.30 : Di rumah , kemas-kemas apa yang patut , yang best masa nak keluar pergi beli barang , salam ayah cakap 'selamat hari raya maaf zahir batin , maaf kan diba ya ayah.. maaf zahir .. eh eh bape kali maaf pula .. hee jap2' (semua gelak) tetiba ada satu suara 'diba nak jadi maharaja lawak tu gelak-gelak' ok pastu sambung balik cakap , ayah halalkan makan minum diba , doakan diba rajin-rajin belajar , jangan malas-malas da , huuu (ayah tersenggih-senggih je , sampai nak kuar air mata)
12.30-20.00 : Abg datang beraya , ok layan anak buah semua , ok buat biskut raya buat kek batik (raya pertama tak pergi mana-mana lagi)
20.00-22.30 : Hangout with my family at PD Waterfront (macam iCity jugalah, cuma kat sini tepi laut , huhu) ok pastu nak balik tu beli domino
22.30-00.30 kot : Sampai rumah , semua terbongkang *eh takde la , kami semua makan pizza , huhu ok layan tv dengan family tercinta .. Semua penat saya pon penat , semua tidur .. 
Takde apa yang special mana , tapi .. BEST BEST BEST dapat bersama keluarga ku syurga ku ..
Eid Mubarak kepada semua , Maafkan segala kesalahan dan kesilapan saya Noraidiba Binti Md Jidin ..

Wassalam <3