Tuesday 6 December 2011

Sifat Wanita Ikut Hari Lahir.

Assalamualaikum wbt semua. :)
Post kali ini khas untuk wanita diluar sana.

RABU
-> Suka berdendam.
-> Pandai dalam pergaulan.
-> Pandai mengambil hati dan menghargai orang.
-> Suka mementingkan teman dari diri sendiri.
-> Open minded dan tidak pandai simpan rahsia.
-> Tidak suka  diperintah
-> Hatinya keras dan tidak mudah dimakan pujuk,hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam kewangan pandai mencari tapi tidak cermat menyimpan duit.

KHAMIS
-> Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat.,kemahuan kuat dan agresif.
-> Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.
-> Boleh terpikat walaupun mempunyai kekasih atau suami. NAMUN... Tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta.
-> Hatinya tetap , mudah terpedaya dengan pujukan rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk.
Dalam kewangan, pandai menguruskan kewangan dan merancang kewangan.

JUMAAT
-> Berani menentang suami .
-> Bangga diri.
-> Suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia.
-> Bersemangat waja.
-> Pandai simpan rahsia.
Dalam kewangan, boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan.

SABTU
-> Kuat cemburu.
-> Suka kebendaan.
-> Tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah.
-> Tegas berpendirian.
-> Cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikan wanita istimewa.
-> Tidak pernah berasa puas.
-> Suka berkorban apa saja demi cita-cita.
-> Suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji.

AHAD
-> Sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk
-> Taat pada suami.
-> Suka merendahkan kawan.
-> Bangga diri.
-> Tidak suka dengar nasihat.
-> Mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.
-> Suka mengkritik orang, tetapi tidak suka orang mengkritiknya.

Maaf sesangat ya, isnin dengan selesa tiada dalam senarai. huhu.. Entah betul ke tidak. Wallahualam. Saja nak share dengan apa yang telah saya baca selama ini. Wassalam. <3

Tuesday 29 November 2011

Mendedahkan Aurat Memang Seronok.

Assalamualaikum wbt.. 


SAYA INGIN BERKONGSI dengan tajuk diatas. Astagfiraallahalazim.....
Kita nak keseronokan dunia yang sementara ini ke akhirat yang kekal selama-lamanya kelak? Mesti ramai cakap yang nak akhirat kan.. Tapi.... Ada kita semua usahakan untuk mendapatkan kebahagiaan di sana?? Ada ke kawan-kawan?? kalau ada pun hanya sementara je, semangat berkobar-kobar buat tapi bila dibuai dengan godaan syaitan , nauzubillah.. Bagaimana kawan-kawan kita mendalami islam yang sebenar ? Kita mengaku kita islam tapi apa bukti mengatakan kita islam ?? Apa kawan-kawan ?? Islam itu indah kalau kita betul-betul mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah, dengan usaha kita mendalami islam itu dengan niat yang ikhlas Allah SWT akan menolong hambaNya. Kembalilah kita pada Al-Quran dan As-Sunnah.. Wa'Allahualam..


()Wanita ibarat epal
() Epal yang tidak berkualiti amat mudah dipengaruhi kerana ia gugur di tanah
()Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak
()Susah dipetik dan digapai
()Kenapa tiada yang memetiknya
()Lantas merendahkan dirinya dengan menggugurkan diri menyembah tanah.
()Sedangkan Allah SWT telah menjadikan martabatnya tinggi dan hanya lelaki yang benar-benar hebat yang mampu memilikinya.


Sebarang kesalahan atau kekurangan saya menyusun 10 jari mohon kemaafan. Tegurlah saya. 
Wassalam. <3

Tentang saya



Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah bernafas lagi saya di bumi Allah ini.
Saya disini nak intro my self tapi malu + mahu.

Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang.

Nama diberi Noraidiba Binti Md Jidin. Dilahirkan di HUKL tahun 1992, dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Sekarang menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan pada hujung tahun 2009. Mempunyai empat adik beradik 2 perempuan 2 lelaki, saya anak no2 dan mempunyai seorang kakak dan 2 adik lelaki. 

Saya seorang yang aktif dan sensitif. Tapi jarang sekali sensitif (^_^) tidak banyak cakap dengan orang baru kenal tapi bila sudah lama kenal sampai esok tak henti-henti bercakap. Suka phyco orang, habit.  One more thing, mengambil masa untuk memaafkan orang tapi setakat ini semuanya saya dah maafkan, dont worry be happy (^_^)

Pendengar yang setia, bila orang dah cerita memang nak ingat balik tu agak payah jugalah *past is past.  Susah nak serius, tapi bila sekali dah serius orang nak tegur pon takut (^_^) Tidak dinafikan juga ego ada sikit, sikit jee pastu degil. Yang baik itu boleh nilai sendirilah ea, kang Takabur pula (^_^)

Kuat makan tapi masih sama macam zaman sekolah. Maybe after married baru ada perubahan kot (^_^) tak cerewet dalam bab makan. Tapi ada benda juga tak boleh makan, biasalah sensitifkan (>_<) Bab masak pon kurang mahir, masih belajar memasak kot, ke belajar dengan suami ke. Opps! Baru SWEET gitu (^_^) 

Masih belajar dan masih belum kahwin (^_^) belajar di Politeknik Merlimau, Melaka. Bidang Diploma Pengajian Perniagaan. Mudah-mudahan dapat segulung Diploma dengan cemerlangnya. Amin ya Rabb (^_^) Ramai adik dan ramai juga kakak dan abang di Poli ini, semua baik-baik, termasuk kawan-kawan dan pengajar saya (^_^)

Keindahan alam menjadi warna kesukaan saya (^_^) minat gadget tapi belum masa untuk memilikinya, tunggu dah berkemampuan nanti la ya, insyaAllah. Tidak mudah terpengaruh dengan perubahan IT contohnya handphone still 'black and white' (>_<) sebenarnya tak sedia lagi nak guna semua tu.

Mempunyai ketinggian 158cm, mungkinlah. Seorang yang simple dan sweet, terkantoi pula (>_<). Susah untuk menunjukkan kasih sayang dan tak suka orang sedih ke marah ke bila dengan saya. Bila bersama saya yang pasti kena happy go lucky and always smile (^__^)

Susah keluarkan duit, pernah digelarkan seorang yang kedekut (>_<) bukan kedekut tapi jimat dan suka keluar duit bila ada keperluan je kot bukan ikut kehendak (^_^) tak suka shopping bila ada orang lelaki teman, bila keluar dengan ayah pon ayah kedai sana saya kedai sini *malu sebenarnya (^_^)

Seorang yang suka terus terang tapi orang suka tak percaya dan tak dapat terima, normal normal. Kita manusia biasa, ada macam-macam ragam, cuma kena pandai je macam mana untuk mengatasinya (^_^) Susah untuk menipu tapi bila sekali menipu pasti rasa nak buat lagi. Astaghfirullah.


Matlamat hidup menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Hasilkan senyuman buat semua selagi bernyawa dan teruskan perjuangan sehingga akhir.

:: yang baik itu datang dari Allah, yang kurang itu dari diri saya sendiri, mohon maaf untuk segalanya dan halal makan minum selama mengenali saya. Saya sayang semua walaupun tidak menunjukkan dari segi yang nyata. Saya insan biasa bukan luar biasa, bila ada kurang itu maaf maafkan lah ya. Tegurlah saya.

 *siap karangan 'tentang saya', mesti dapat full mark, akhir kata dari saya jagalah diri masing-masing, sentiasa jaga solat, try jadi yang terbaik dan lagi terbaik. InsyaAllah.

Selamat tinggal <3