Tuesday 29 November 2011

Tentang saya



Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah bernafas lagi saya di bumi Allah ini.
Saya disini nak intro my self tapi malu + mahu.

Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang.

Nama diberi Noraidiba Binti Md Jidin. Dilahirkan di HUKL tahun 1992, dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Sekarang menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan pada hujung tahun 2009. Mempunyai empat adik beradik 2 perempuan 2 lelaki, saya anak no2 dan mempunyai seorang kakak dan 2 adik lelaki. 

Saya seorang yang aktif dan sensitif. Tapi jarang sekali sensitif (^_^) tidak banyak cakap dengan orang baru kenal tapi bila sudah lama kenal sampai esok tak henti-henti bercakap. Suka phyco orang, habit.  One more thing, mengambil masa untuk memaafkan orang tapi setakat ini semuanya saya dah maafkan, dont worry be happy (^_^)

Pendengar yang setia, bila orang dah cerita memang nak ingat balik tu agak payah jugalah *past is past.  Susah nak serius, tapi bila sekali dah serius orang nak tegur pon takut (^_^) Tidak dinafikan juga ego ada sikit, sikit jee pastu degil. Yang baik itu boleh nilai sendirilah ea, kang Takabur pula (^_^)

Kuat makan tapi masih sama macam zaman sekolah. Maybe after married baru ada perubahan kot (^_^) tak cerewet dalam bab makan. Tapi ada benda juga tak boleh makan, biasalah sensitifkan (>_<) Bab masak pon kurang mahir, masih belajar memasak kot, ke belajar dengan suami ke. Opps! Baru SWEET gitu (^_^) 

Masih belajar dan masih belum kahwin (^_^) belajar di Politeknik Merlimau, Melaka. Bidang Diploma Pengajian Perniagaan. Mudah-mudahan dapat segulung Diploma dengan cemerlangnya. Amin ya Rabb (^_^) Ramai adik dan ramai juga kakak dan abang di Poli ini, semua baik-baik, termasuk kawan-kawan dan pengajar saya (^_^)

Keindahan alam menjadi warna kesukaan saya (^_^) minat gadget tapi belum masa untuk memilikinya, tunggu dah berkemampuan nanti la ya, insyaAllah. Tidak mudah terpengaruh dengan perubahan IT contohnya handphone still 'black and white' (>_<) sebenarnya tak sedia lagi nak guna semua tu.

Mempunyai ketinggian 158cm, mungkinlah. Seorang yang simple dan sweet, terkantoi pula (>_<). Susah untuk menunjukkan kasih sayang dan tak suka orang sedih ke marah ke bila dengan saya. Bila bersama saya yang pasti kena happy go lucky and always smile (^__^)

Susah keluarkan duit, pernah digelarkan seorang yang kedekut (>_<) bukan kedekut tapi jimat dan suka keluar duit bila ada keperluan je kot bukan ikut kehendak (^_^) tak suka shopping bila ada orang lelaki teman, bila keluar dengan ayah pon ayah kedai sana saya kedai sini *malu sebenarnya (^_^)

Seorang yang suka terus terang tapi orang suka tak percaya dan tak dapat terima, normal normal. Kita manusia biasa, ada macam-macam ragam, cuma kena pandai je macam mana untuk mengatasinya (^_^) Susah untuk menipu tapi bila sekali menipu pasti rasa nak buat lagi. Astaghfirullah.


Matlamat hidup menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Hasilkan senyuman buat semua selagi bernyawa dan teruskan perjuangan sehingga akhir.

:: yang baik itu datang dari Allah, yang kurang itu dari diri saya sendiri, mohon maaf untuk segalanya dan halal makan minum selama mengenali saya. Saya sayang semua walaupun tidak menunjukkan dari segi yang nyata. Saya insan biasa bukan luar biasa, bila ada kurang itu maaf maafkan lah ya. Tegurlah saya.

 *siap karangan 'tentang saya', mesti dapat full mark, akhir kata dari saya jagalah diri masing-masing, sentiasa jaga solat, try jadi yang terbaik dan lagi terbaik. InsyaAllah.

Selamat tinggal <3

  

 

 


No comments:

Post a Comment