Thursday 29 May 2014

Alhamdulillah saya...

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia :)



Terima kasih kepada sesiapa yang menanya khabar saya, terima kasih sangat-sangat..

Alhamdulillah saya sihat saja, walaupun hakikatnya makin kurus.. Haha terima kasih juga lah sesiapa yang cakap saya kena dera sepanjang saya belajar.. Kelakar bunyinya, tapi menghiburkan hati saya.. Terima kasih atas nasihat kalian yang terlalu banyak mengenai kesihatan.. Terharu sehingga nak meleleh air mata saya..

Untuk pengetahuan semua, saya sihat.. Janganlah risau, saya rasa sweet sangat bila kalian caring tersangat.. Saya makan je, tapi apa kan daya saya pon tak tahu kenapa boleh susut berat badan ni, tahun ni je turun lagi 1kg.. Gelisah mak nyah.. Huhuhu BMI pon memang sah tak normal, bila agaknya nak kembali normal.. Rindu berat badan ideal zaman 18-19 tahun dulu dulu..

Mohon doanya, semoga kita sentiasa audit menjadi hambaNya yang diberi kekayaan dunia dan akhirat. Amin ya Rabb :)


Tuesday 18 February 2014

Sekeping Hati

Assalamualaikum wbt 
Che tak mahir pon, tapi che nak tulis saja :)
Hanya perlu pengorbanan bukan banyaknya penjelasan

#Keagamaan
#Kefahaman
#Kejujuran
#Ketaatan
#Kasih sayang
#Kesetiaan

Ohhh Cinta

Wewit Noraidiba ngomong cinta ^___^


Sunday 5 January 2014

Katakan "TIDAK" !!!


Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari kepada semua 12.01pm :)

Ana kongsikan sebuah sabda Rasulullah:
  
لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيْدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لاَ تَحِلُّ لَهُ
“Kepala salah seorang ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Ath-Thabarani dalam Al-Kabir 20/210 dari Ma’qil bin Yasar radhiyallahu ‘anhu, lihat Ash-Shahihah no. 226)

Pada perempuan yang naif diluar sana. Inilah alasan dan sebab mengapa Allah S.W.T melarang bersentuhan dengan bukan muhrim atau pasangan masing-masing diluar sana..

Pada lelaki yang daif diluar sana, JANGANlah kamu mengambil kesempatan di atas ke'naif 'an kaum perempuan..
Lihat tanda merah dalam gambar di atas

Kajian Saintifik menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut. Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di otak dan bahagian sulit kerana nafsu semata..

#ana ada sebab kenapa mengapa menolak seseorang dalam hidup ana, ana lemah, ana perlukan Allah. Ana tak nak orang yang ana sayang tergolong dalam benda yang terkutuk ini, maafkan ana. Ana banyak lagi yang perlu dibaiki, doakan ana ya. Sampai seru inshaallah, ana cepatkan saja. huhu bersabarlah wahai hati. 

Salam sayang dari Ukhti Noraidiba :)

Saturday 4 January 2014

Husnuzhon saja Noraidiba




Apabila ada orang membenci kita, 
itu masalah orang.

Bukan masalah kita.

Wujudkah manusia di dunia ini yang tidak dibenci oleh kelompok tertentu?

Masalah kita ialah...
apabila kita ada menyimpan 'benci' pada sesiapa,
tanpa sebab yang patut.

Bimbang,
kebenciaan itu menyebabkan kita 'bermasalah' di sisi Allah.

Banyak lagi benda yang boleh difikir, banyak lagi benda yang boleh dilakukan. Kadang kita buat baik, tapi sekali kita buat salah itu juga di gembar-gembur diungkit-ungkit. Huhu kehidupan sebenar, mana yang baik kita ambil, mana yang buruk kita buang jauh-jauh. Buat virus dalam kepada saja. Doakan yang baik-baik buat semua.

Sayang semua kerana Allah :)