Wednesday 11 December 2013

Apabila Kamsis di SERANG

assalamualaikum wbt dan selamat pagi, terpacak nya matahari depan tingkap menyinari bilik ku yang cantik dan lagi suci.. hohoho
OOkk now boleh cerita, mungkin sekarang musim histeria. manalah tak nya, setiap hari ada berlaku benda aneh-aneh je. Siapa lemah semangat tu, mau tak kena makan kaki. huhu gurau saja :) semalam berlakunya pemutihan asrama, semua kumpul pusat islam(PI), bila dibacanya ayat suci  al-quran(tak pasti ayat/surah apa) tup tup ada yang menangis meronta berlari gelak, boleh rasa gegar juga PI tu.
tapi sebelum nak cerita selanjutnya, saya nak cerita sebelum kejadian malam tadi, iaitu petangnya.. betul ke ayat saya tu ea. maaflah kalau ayat tak cantik, bahasa malaysia b je. :)

alhamdulillah rezeki, dapat makan dekat blok lain. sepanjang perjalanan pergi ke blok itu, saya berteman dengan seorang teman. tetiba je sampai blok tu, teman saya kelihatan lain. macam takut gitu. huhu mula lah saya fikir macam-macam, ish ish. sekali dah sampai bilik tu, teman saya tu lagilah lain. saya pon boraklah macam biasa, bila dah siap kami makan, seorang sahabat cakap "tu bukan dia yang cakap, kak diba cakap dengan benda tu tadi." ayoyo apa sihhh nak terkejut tu, urm entah lah ya, tapi memang tau da teman saya tu tak sihat.

inshaallah semua ok dah, tapi ada satu benda yang tak seronok. bila ada someone kena gangguan je, mesti ada yang takut nak dekat, ada yang fikir bukan-bukan, kata itu ini. apa sihhh. husnuzhon lah, mereka tak minta pon benda tu semua, yang dok fikir bukan-bukan ni kalau benda ni terjadi kat korang then orang semua buat benda sama kat korang apa korang rasa. haaa jangan nak negatif sangat, Allah ada, baca doa pelindung diri. jangan terlalu taksub mendengar yang tak baik je. OOKK?!

#terima kasih kepada sesiapa yang risau dekat saya semalam, saya takde dekat PI semalam sebab ada orang kena gangguan, cuma datang lambat sikit PI. maaf ya kepada semua. ILY all :)

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment