Sunday 1 December 2013

Kebaikan buat semua

Assalamualaikum wbt, moga Allah ampuni segala khilaf kita. Amin ya Rabb.

Final sem, inshaallah dipermudahkan segalanya. Semangat baru walaupun sebelah tangan mampu mengharungi segalanya. Benda yang lepas jadikan tauladan. Kenangan semua itu ya. 

Belajar dari kesilapan. Bersangka baik. Niat kerana Allah, inshaallah semua dipermudahkan. Umur pon makin bertambah, tiada masa untuk main-main. Masa untuk berubah (semangat2). Think about our future(our???) hoho..  

Saya tetap dengan prinsip hidup saya bercinta lepas nikah, sesiapa yang tidak dapat menerima seadaanya atau tidak dapat memahaminya, mohon maaf dari saya. Apa yang saya nak itu kebaikan bersama bukan atas dasar 'selfish'. Saya doakan yang terbaik untuk anda anda dan anda, moga mendapat jodoh yang soleh dan solehah, nak yang baik diri pon kena baik. inshaallah

Terima kasih kepada yang pernah sayangkan sayang jaga saya nasihati saya, Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Banyak lagi perlu saya perbaiki diri saya yang banyak serba kekurangan ini. 

Jika benar itu yang terbaik, just move on. Saya sanggup lepaskan orang yang saya sayang dari terus melakukan dosa yang sengaja mahupun tidak sengaja. Diri ini kadang lalai akan kenikmatan dunia sampai lupa akan akhirat.

Muhasabah diri, solat sunat taubat, selawat. Allah maha mengampuni dan maha mengetahui. Niat kita baik inshaallah semua dipermudahkan. Pandanglah hikmah :)

#cinta tidak salah, tapi samaada kita membawa cinta itu kearah kebaikan atau sebaliknya. cinta wujud sebelum dan selepas cinta ke, tidak salahnya. kita yang menentukan kemana kita sepatutnya membawa cinta itu. 

Saya mohon kemaafan kepada semua, maafkan segala kekurangan saya selama ini ya.

Cinta saya buat yang Halal... Asif jiddan... Wassalam 


No comments:

Post a Comment