Friday, 13 July 2012

Kita hanya merancang , Allah yang tentukan segalanya


Assalamualaikum wbt sahabat yang dikasihi Allah Taala , semoga sahabat-sahabat ku sentiasa dalam baik-baik saja. Hasilkan senyuman dengan sesiapa sahaja mahupun orang itu sukai/tidak disukai dan dikenali/tidak dikenali.

Jodoh kita telah ditetapkan semasa dalam kandungan ibu 4 bulan . 
'Couple' before kahwin tidak semestinya itu jodoh kita.
Cinta after nikah , akan rasa kemanisan suami isteri itu dan juga mendapat barakah Allah Taala . Amin ya Rabb.
Jangan terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti menjadi kepunyaan kita .
Kumpul pahala bersama suami , bukan dosa bersama pasangan yang tidak sah .


Lindungi hati kita , tingkatkan iman kita .
Iman kita pasang surut , bila surut .. Zikirullah .
Bila terdetik ingin melakukan maksiat .. Mohom ampun kepada Nya .
Pintu taubat sentiasa dibuka kepada yang ingin kembali kepada Nya .

Mohon kemaafan kepada semua jika ada kekurangan dan kesalahan yang telah saya lakukan selama perkenalan kita. Marilah kita sama-sama sentiasa tingkatkan iman dan pelihara hati kita supaya terhindar dari sifat mazmumah. Amin ya Rabb.
Wassalam <3

No comments:

Post a Comment