Sunday, 1 December 2013

Kebaikan buat semua

Assalamualaikum wbt, moga Allah ampuni segala khilaf kita. Amin ya Rabb.

Final sem, inshaallah dipermudahkan segalanya. Semangat baru walaupun sebelah tangan mampu mengharungi segalanya. Benda yang lepas jadikan tauladan. Kenangan semua itu ya. 

Belajar dari kesilapan. Bersangka baik. Niat kerana Allah, inshaallah semua dipermudahkan. Umur pon makin bertambah, tiada masa untuk main-main. Masa untuk berubah (semangat2). Think about our future(our???) hoho..  

Saya tetap dengan prinsip hidup saya bercinta lepas nikah, sesiapa yang tidak dapat menerima seadaanya atau tidak dapat memahaminya, mohon maaf dari saya. Apa yang saya nak itu kebaikan bersama bukan atas dasar 'selfish'. Saya doakan yang terbaik untuk anda anda dan anda, moga mendapat jodoh yang soleh dan solehah, nak yang baik diri pon kena baik. inshaallah

Terima kasih kepada yang pernah sayangkan sayang jaga saya nasihati saya, Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Banyak lagi perlu saya perbaiki diri saya yang banyak serba kekurangan ini. 

Jika benar itu yang terbaik, just move on. Saya sanggup lepaskan orang yang saya sayang dari terus melakukan dosa yang sengaja mahupun tidak sengaja. Diri ini kadang lalai akan kenikmatan dunia sampai lupa akan akhirat.

Muhasabah diri, solat sunat taubat, selawat. Allah maha mengampuni dan maha mengetahui. Niat kita baik inshaallah semua dipermudahkan. Pandanglah hikmah :)

#cinta tidak salah, tapi samaada kita membawa cinta itu kearah kebaikan atau sebaliknya. cinta wujud sebelum dan selepas cinta ke, tidak salahnya. kita yang menentukan kemana kita sepatutnya membawa cinta itu. 

Saya mohon kemaafan kepada semua, maafkan segala kekurangan saya selama ini ya.

Cinta saya buat yang Halal... Asif jiddan... Wassalam 


Tuesday, 13 August 2013

Nikah punya, bukan couple yang syok-syok ok!

CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.

12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.

14. Buat candle light dinner secara mengejut


#begitu juga sebaliknya ya :)

Segala kelebihan atau kekurangan pasangan kita, itulah yang paling SWEET. Kenapa?? Dengan perbezaan terhadap pasangan kita, banyak yang kita akan belajar. Bak kata saling melengkapi, hehehe kita terima seadanya pasangan kita. InshaAllah, INDAH Mahligai yang kita bina kelak. Amin ya Rabb

Dua-dua kena soleh solehah, pasti BAHAGIA!

Friday, 26 July 2013

headache


Noraidiba tahniah anda berjaya berjaga sehari suntuk.
Malam untuk apa Noraidiba, ya Allah apa dalam kepala Noraidiba ni sampai tak boleh tidur. Kalau ya pon nak sahur, tidurlah dulu. Ini kepala punya bahagian belakang, bagai ditarik-tarik kulit kepala. Tahap apa dah Noraidiba, sabar wahai hati. Noraidiba BOLEH!!!

Ya Allah, berikan Noraidiba kekuatan. amin ya Rabb
Sahurlah Noraidiba jam 0448am dah
Sahur sahur :)

I know

lihatlah.. kuatnya dia, boleh je dia, mampu je dia.. 
ya Allah, Engkau berikan kebahagiaan untuknya, lindungi hatinya dan peliharalah akhlaqnya..
aku.. hanya ingin melihat kegembiraan buatnya, aku tidak mampu..
aku.. inginkannnya dan memilikinya, layak nya aku..
aku.. doakannya, itu aku memohon..

#melihat merasa kehidupan di bumi Allah





HATI SAKIT

Allah... :'(

Thursday, 25 July 2013

Salam Ramadhan :)

Alhamdulillah dengan rezeki di bulan ramadhan yang mulia ini perniagaan secara konvensional mendapat sambutan yang memberangsangkan. 

Dalam pada masa yang sama, printer kena service. Berapa lama?? InshaAllah naik poli ,raya dapatlah printer. Tup tup dengan business yang ASYIK, masalah smartphone pula, masalah apakah?? Jeng jeng, disebabkan sebelum ini cas 'hp' rosak, pakai lah cas yang cabut batery, lama lah juga guna.. Sampai  tak perasan bateri kembung, macam ikan BUNTAL.. Nampaknya, business by whatapp and wechat terbantut sikit.. Sikit je..

 InshaAllah REZEKI ALLAH itu LUAS :) facebook kan ada ;) walaupun hakikatnya facebook pon kurang aktif, buat melalui pesanan ringkas lah pula.. Alaaa guna 'hp' adik beradik 3310 tu.. 'hp' BNW (black n white) lah banyak berjasa.. Lama tak lama, zaman sekolah lagi :) alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah


p/s jangan mudah bersangka buruk dengan ujian Allah, PLEASE think positive.. Hidup ini bagaikan roda, ada masa diatas ada masa dibawah. Just go on with our life, nothing impossible. Allah ada, SENTIASA ADA!!!  


malu-malu tapi mahu

Saturday, 1 June 2013

17-05-2013 , jumaat , klcc
inshaAllah ingat lah tarikh ni, nasib demam tak boleh over.